22 October 2016

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung KinabaluMelalui pengalaman Unie mendaki baru-baru ini, Unie nak share tips penting dalam pendakian then apa yang perlu di bawa.

Boleh baca pengalaman unni mendaki Gunung Kinabalu di sini

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu 



Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu



Keperluan ( wajib )
  1. Baju sejuk ( Digunakan semasa naik kepuncak )
  2. Baju hujan ( digunakan bila hujan )
  3. Sarung Tangan kalis air ( Digunakan semasa naik ke puncak )
  4. Sarung Tangan biasa ( jika perlu )
  5. Sepasang Pakaian ( diguna semasadi Laban rata )
  6. Stoking ( persedian jika stoking basah basah )
  7. Topeng muka / kain ( jika perlu - tak pakai pun ok )
  8. Kelengkapan solat ( bagi yang solat )
  9. Tuala kecil ( jika berpeluh )
Tips
  1. Baju sejuk korang tu, jangan terlalu tebal macam nak pi korea cukup yang tebal biasa-biasa jak sebab nanti membeban kan beg korang nak naik. Sebab bawa 2 kilo pun kalau da naik da macam 10kg.
  2. Pakaian tu cukup sepasang, pakai tidur then pagi-pagi guna tu je bila nak naik puncak. Sebab jam 2.30Am da kena start naik puncak.
  3. Kelengkapan solat tak perlu bawa sejadah bagai. Islam tu mudah, yang penting tutup aurat.
Kelengkapan
  1. Head Lamp ( digunakan time subuh naik ke puncak )
  2. Tongkat ( jika perlu )
  3. Beg Sandang
  4. Botol air
  5. Penutup beg kalis air ( jika hujan )
  6. Lim Balm
  7. Berus gigi,ubat gigi,sabun
  8. Kamera
  9. Cover telefon kalis air ( seperti dalam gambar )
  10. Power Bank
  11. Beg plastic ( simpan pakain kotor/ kotor )
  12. Beg Pinggang ( simpan makanan, telefon dll )
Tips
  1. Tongkat sebenarnya bagi yang perlu tapi jika anda yakin mampu rasanya tak perlukan tongkat, sebab nanti jadi satu beban. Tak payah susah-susah nak beli kat sana boleh sewa RM10.00.
  2. Botol air tak perlu nak bawa besar-besar sebab setiap pondok perhentian bekalan air disedikan.
  3. Rasanya cukup la bawa ubat gigi,berus gigi then sabun kecil. Tak perlu bawa kelengkapan mandi sebab di jamin bila kat atas korang memang tak mampu mandi sebab sejuk tahap dewa.
  4. Cover hp tu wajib la beli rasanya sebab kalau hujan, jangan harap kamera tu boleh pakai. Hahahaha, Then power bank cukup bawa satu je. Kat Laban rata plug banyak. Jangan beban beg anda bawa power bank banyak-banyak.
  5. Kalau tak jumpa penutup beg kalis air, guna jak plastic sampah cover. Unie guna plastic sampah je, sebab time kitorang medaki hujan lebat. Beg kalis air pun tetap basah kat dalam.
  6. Beg pinggang rasanya kalau perlu bawa la, tp kalau beg sandang muat, sumbat je dalam tu semua. Bawa satu beg kecil pun ok, tuk pakai ke puncak.
Ubat-Ubatan
  1. Yoko-yoko
  2. Spray kejang
  3. Pain killer
  4. Minyak Angin
  5. Ubat yang berkaitan ( bawa je apa yang anda rasa perlu )
Makanan
  1. Coklat
  2. Kismis/kurma
  3. Biskut
Tips
  1. Jangan terlalu bawa banyak makanan, dijamin tak habis hanya bebankan beg korang jak. Ala kadar sebab kat Laban Rata, makanan sedap-sedap lagi. Hanya hanya sebagai alas perut then menambah enegy.
Persediaan kecegasan

Kalau bab ni memang Unie tak tau nak share apa. Sebab Unie memang tak traning sangat, jogging pun 2 kali je Unie pernah buat. Unie hanya buat work Up the skipping tiap pagi tu pun kadang-kadang.,. Tu je la. Then Unie hadiri kelas aerobik itu pun tak silap 3/4 kali je Unie datang.

Ini workout yang Unie buat kat umah, sehari buat 3 jenis pagi then petang lepas.

Then lepas workout Unie skkiping 100x, kalau tak boleh jogging, ganti dengan skiping jak.

Kalau boleh kamu rajin-rajin pigi membukit. Yang rendah-rendah pun ok.

Tips / Peringatan
  1. Traning tu penting, kalau tak korang boleh je sampai puncak macam Unie tapi nanti baru korang tau azab nya macam mana. Macam yang pegalaman Unie cerita tu.
  2. Then kalau kurang traning, arr lepas ppendakian korang akan dapat hadiah special, baru ko tahu erti penyesalan.
Ni dia hadiah special. Bila stamina xda ada ini la akibatnya. Sakit dia Tuhan je tahu, sampai nak melangkah satu anak tangga pun tak mampu. Jangan ambil mudah tau.

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Kinabalu

Salam Sayang 

Unni Anje


5 comments:

  1. kenapa x blh baca pengalaman mendaki gunung kinabalu part 1 & 2? page not found dia tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masalah teknikal.. tp link da boelh tekan.. terimah kasih

      Delete
  2. Unni. Nanti kalau ada rezeki kin g sabah. Unni boleh guide kin kannn <3 Teringin nak naik kinabalu jugakkkk.

    ReplyDelete
  3. Dah terlambat dah saya nak training 9hb ni nak naik...

    Allah, nak sampai atas~~~

    Lepas tu nak tulis entri macam yg awak tulis..haha

    ReplyDelete
  4. Semua pink...bestnya...mn beli brg2 pink tu terutama tongkat pink...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^