31 October 2016

♥ ♥ ♥ Happy Monday ♥ ♥ ♥



Selamat berlunch semua.. 

Happy monday. Dengar jak isnin mesti ramai yang mengeluhkan,apa lagi student2..Maklumlah monday bluess.. Isnin jak mesti keja macam gunung sampai nak lunch pun tak sempat, apalagi kalau berurusan kat mana2 tempat bank ka,JPN ka, Hospital ka mesti sesak kan.

Dulu Unni asal isnin jak mesti mengeluh siap update kat media sosial..Serabut kepala kalau isnin ni da la assigment timbun2, Class full dan selalu tak dapat tempat kat Library [ cerita zaman study] Tapi itu dulu la, diriku yang dulu bukakan la sekarang, cewah!! macam lagu pulak.

Tapi sekarang isnin merupakan hari kegemaran Unni, siap Puasa Sunnat kalau berkesempatan. Alhmdulilah, Tahu tak apa special kat hari isnin??

Isnin merupakan hari kelahiran Idola kita bagi umat islam Nabi Muhhamad SAW.. Unni pun dapat tau selepas dengar Usrah Ramadhan 2012.

RINGKASAN BIODATA BAGINDA.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Sumber lain : http://www.islam2u.net

Wallahualam..

Salam Sayang

Unni Anje

1 comment:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^