13 November 2016

Fenomena Supermoon Terbesar 2016

Ada dengar ka pasal fenomena Supermoon yang bakal kembali pada 14 November 2016 bersamaan Isnin. Apa tu supermoon?? Supermoon merupakan '' Perigee '' iaitu kedudukan bulan yang paling hampir dengan bumi..


Supemoon ini pernah juga berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015 tapi Agensi Angkasa Negara mengatakan fenomena kali ini merupakan supermoon yang terbesar dengan berada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lalu.



Subahanallah kebesaran Allah, so kamu-kamu jangan lepaskan peluang tau tuk tengok fenomena ini dijangka pada jam 7.24 malan dan kembali kepada fasa purnama pada jam 9.54 malam. Kalau terlepas peluang ni so kamu kena la tunggu 18 tahun lagi tuk Nampak supermoon terbesar ni.

Sebenarnya kedudukan perigee ni bulan kelihatan lebih besar dari keadaan biasa kita lihat, tapi secara fizikalnya bulan tidak berubah saiz pun.

Sumber : Bernama

Salam Sayang : Unni Anje





8 comments:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^