Terima kasih Wahai Kekasih

by - Monday, March 20, 2017



Part 2 : Kisah Tentang Aku


Dulu,
kaulah orang pertama dalam hidupku,
kaulah orang pertama yang lebih ku jaga daripada diriku,
kaulah orang pertama yang selalu ku hubungi melebihi ibuku,

Dulu,
kaulah orang yang selalu memberi perhatian kepadaku,
kaulah orang yang selalu menjagaku,
kaulah selalu memberi senyuman kepadaku,
kaulah orang yang menemami setiap jalanku,

Itu dulu,
ku mengharap kasih darimu,
ku mengharap cinta darimu,
ku mengharap rindu darimu,

Sekarang tiada lagi,
ku lepaskan kau pergi
ku perbaiki masa depanku,

Sekarang,
Lihatlah wanita ini,
wanita yang dulu kau khianati,
wanita yang dulu kau berikan kata-kata indah,

Kini,
kerana kaulah aku belajar bagaimana ikhlas melepaskan,
kerana kaulah aku belajar bagaimana sabar menerima pengkhianatan.
kerana kaulah aku belajar erti kecewa,

Kini,
sayang tidak lagi bererti,
berharap tidak akan lagi,
kecewa cukup sekali,
dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi,
menanti dan perbaiki diri itu jauh lebih bererti,
lelaki yang baik buat masa depan nanti tetap akan datang dengan cara yang diredhai.

Terima kasih,
atas pertemuan itu,
atas pengkhiatan itu,
kerana itu yang membuat siapa aku hari ini.

Terima Kasih Atas Pertemuan itu Wahai Insan Allah

Kisah Tentang Aku



Part 1 : Aku dan Tudung Labuh

You May Also Like

15 comments

  1. sepertinya bagaikan akk pernah mengalaminya..setiap bait kata..akk pernah menulisnya..bersabarlah syg..wanita yg baik hanya utk dia yang baik..jgn.kecewa..setiap pertemuan itu ada asbab dr Allah ..dan kerana pertemuan itu kdg2 mendekatkan kita dengan Allah....;(

    ReplyDelete
  2. .....dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi......

    ReplyDelete
  3. Pasti ada hikmahnya. Have faith in Him =)

    ReplyDelete
  4. semoga bertemu jodoh yang terbaek (psst memang sengaja kasi gantung tue review supaya kamu baca..itu bukannovel cinta biasa tue...haha)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. dengan pengkhianatan itu juga mengajar erti kekuatan. Sabar ya unni

    ReplyDelete
  6. jangan sedih2 ya Unni..setiap pertemuan ada pengakhiran, yang patah akan tumbuh dan yg hilang InshaaAllah akan berganti..

    ReplyDelete
  7. insyaAllah Allah tahu yang terbaik :)

    ReplyDelete
  8. Mek pun cam tu jugak. Tapi mcm unnie ckp, klau tk kerana allah aturkan prtemuan dia dn kita, mcm mane kita nk thu prasaan sakit dikhianati. Sesungguhnya tiada ape yg perlu dikesal. Cuma perlu berhati hati di masa hadapan ❤️

    ReplyDelete
  9. Trimakasih untuk informasinya semoga makin maju blog.nya jernih pikiran sejernih Air Gunung Salak

    ReplyDelete
  10. Akk pun alami apa yg unni rasa ni. Hanya bersangka baik dengan segala ketetapan Dia. Smga akk pun akk kuat mcm unni.

    ReplyDelete
  11. Akk pun alami apa yg unni rasa ni. Hanya bersangka baik dengan segala ketetapan Dia. Smga akk pun akk kuat mcm unni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^